Monday, November 8, 2010

Menyesal

pernah tak rasa menyesal dalam seumur hidup kita nie...kadang-kadang kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan..and cabaran nie datang dengan pelbagai pilihan yang kadangkala kita sendiri tak tahu ape yang terbaik tuk kita...dan pabila pilihan telah di buat..kita rasa menyesal kerana tidak memilih pilihan yang satu lagi itu..

tapi tahukah anda..(cewwahhh budget serius giler) bahawasanya belum tentu pilihan yang kita tak pilih tu akan memberikan keputusan yang baik...dan kita akan selalu rasa menyesal dan rasa di hantui dengan pilihan yang tidak terpilih tu

"kenapa lah aku pilih kos nie..aku bukan suka pun fizik nie" (contoh)
"kenapa lah aku kahwin dengan laki aku nie..haram tak guna satu pun" (contoh jugak)
"kenapa lah tak pilih balkis nie..dah lah baik orangnya..menyesal betul" (nie pun contoh jugak)


dan aku memang tak nafikan yang aku adalah orang yang sentiasa menyesal dengan segala keputusan yang aku ambil samada yang di sedari atau tanpa disedari... menyesal kenapa pilih yang ini bukan yang itu..menyesal kenapa buat yang itu tapi bukan yang ini..menyesal kenapa cakap yang itu dan bukan yang ini...

tapi bila di fikirkan balik kenapa harus menyesal...just follow the flow...jangan pulak nak menongkah arus...bayangkan kita menyusuri sungai...kita dah pilih tuk ikut aliran sungai tu tapi bila kita pilih untuk menyusuri sungai tu macam-macam cabaran kita tempuh sampaikan kita rasa menyesal sebab memilih tuk menyelusuri sungai itu..dan kita pun mengambil jalan tuk berpatah balik tuk menongkah arus..tapi rupa-rupanya perjalanan menongkah arus adalah lebih mencabar dengan arus deras sungai...dan akhirnya kita kalah..kalah pada kedua-dua pilihan itu...


jadi hati...tenteram lah..jangan lah kamu merasa menyesal dengan segala keputusan..sesungguhnya cahaya itu pasti ada bagi orang yang bersabar....

0 Comments:

Post a Comment