Saturday, October 23, 2010

N.E.O.N

Aku didakap angin rindu

yang datang entah dari mana
Aku ditemani kerlipan bintang
yang bagaikan senyuman dara
Aku disaksikan bulan
yang menjadi peneman pungguknya


Dan kini aku berteman
berteman seorang dara
yang menangis kehibaan
tatkala mengenang untung nasib diri


Marilah lihatku wahai dara
Akan ku hapus sedih air matamu
Kerana aku tunjang tawamu
Kerana aku sumber bahagiamu
Tatkala kamu merenungku
Aku tahu kamu tersenyum lega
tanda ucapan kasihmu
pada neon yang setia

0 Comments:

Post a Comment